Thursday, July 18, 2013

Teen Award, Convention and Exhibition (Cerita 1)

haaaaaah. *apa mengeluh ni?!*

Assalamualaikum. fuuhhhhhhhhhhhh ! *tiup habuk* dekat setahun kot tak update blog ni. *eh , yeke?*

Dalam hati ni melonjak-lonjak lagi. kenapa? haa, pasal benda ni.


Alhamdulillah. Allah Maha Besar.

tak pernah terlintas yang diri ini Allah pilih untuk menyertai konvensyen ni sebagai salah seorang volunteers LangitIlahi ! LangitIlahi kot.. yang sahabat ambe beria bebenor sukanyaa. event ni besaq kot. *utagha plak*


About 1000 people involved in this convention. baik dari segi peserta, sekritariat, volunteers, exhibitors, catering, ha. sape lagi?

Hmm . kisahnya bermula begini.



suatu masa berjalan-jalan di page HilalAsyraf (Official) ternampak iklan atas nuhhhh. ada la page TeenACE ni. ternampak laa orang tanya pasal macam mana nak jadi part of the team.

and i applied. ajak member sorang. apply tu pun macam apa je. sebab dah lama dah dia buka offer tu. and im not sure aku orang yang ke berapa apply. sebab lebih kurang 417 orang applied , if im not mistaken. *salah, sila betulkan ye, inche yg menguruskannya*

dannnnnnnnnnnnnnnnnnnn , yang diterima hanyalah seramai lebih kurang 47 orang ! daripada 400! bayangkan laa. bila kawan aku cakap , "erk, biha, kau apply as volunteer? ade dalam 400 lebih orang applied. aku doakan kau dapat :) "

time tu , 'dooom !' tak dapat la aku ni.. siapala aku dibandingkan mereka yang mintak tu. mesti semua hebat-hebat dalam Dnt. and.. ada interview tau. Interview bertulis lagi. 


"Adakah anda ada sebarang pengalaman sebagai sukarelawan? jika ada, sila nyatakan dibawah dan apa yang ada peroleh daripada aktiviti sukarelawan anda itu."


tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Nabihah? sukarelawan? say whaaaaattt? 

ada la. sekali. join sahabat seperjuangan Ummati Mujahidah ke Nasi Bungkus Project by Weekenders Club. 

mujur ada. sekali. itu ajalah. yang aku pernah volunteers. mungkin. atau aku tak tahu pun yang aku buat tu sebagai volunteers. aku takda pengalaman dalam program besar macam K-Fiqh yang Dr. Zaharudin buat tu. aku join program tu sebagai peserta ada la. pastu mana pernah tauuuu pasal Being Me ke Bidadari bagai tu. aku tak tahu kot!

jawapan aku. tulah. aku join bagi nasi bungkus dekat homeless. yang aku rasa tu mungkin salah satu effort aku nak saham akhirat? kot. sebab kalau sebab lain ke aku rasa baik duduk rumah, buat kerja rumah dan sebagainya.

tapi aku sanggup ke Kuala Lumpur berjalan, distribute dan sebagainya yang something bukan semua orang nak keluarkan tenaga,penatkan badan untuk itu.kan? aku cuma tulis apa yang aku rasa. and I've answered the IV with all my heart. *ececehhh* dengan harapan ada la sedikit harapan untuk aku terpilih.


and then , the day kami rehlah di Port Dickson, *ouh ye, aku tak update pasal tu lagi* on the way back, i've received a SMS told that I'm selected to be one of the volunteers.

time tu rasa macam nak melompat dari kereta. tengah drive ni. semangat gile. senyum sorang-sorang. member sebelah,

"sapo mesej tu?pakwo ko?" *the negerians slank*

"eh, takda la. aku dapat jadi volunteers untuk TeenACE tu nanti. Alhamdulillah."

"eh, kau jadi volunteers? aku nak daftar sebagai peserta! macam mana kau dapat?"

and the rest is history. heh

maka bermulalah kisah aku datang aku menghadiri setiap meeting yang diadakan. ( 2 kali je pun ) bulan jun hari tu. tak ingat berapa haribulan. 
kami bincang , cadang, bincang, cadang dannnnn

Pada pagi yang hening, seminggu sebelum berlangsungnya TeenACE ini,

'dooooom !'

'Kita laungkan Allahu akbar, Allah Maha Besar..' ( Ringtone handphone)
-sekolah is calling-
" Assalamualaikum, biha. ni kak mahani ni."
"Ha, waalaikumussalam. nape kak?"
"Kau dapat surat dari jabatan kena pergi kursus KAFA yang kau tak boleh pergi hari tu. Ni wajib ni. dah kali kedua dia naik nama kau. Memang kena pergi dah ni."
"Ouh..yeke. insyaAllah. bilanya? sabtu ahad ni ke?"
"Ehh, bukan minggu ni. minggu depan. 29-30hb"

say whaaaaaaaaaaaaaattttttt??

"apa kak? betul ke?"
"ha, betullah. ha. okay bihah ye. nanti datang sekolah esok jangan lupa ambil surat ni tau."
"ookay, terima kasih "


*to be continue*

Sunday, April 7, 2013

" Ibu takde.... "


Suatu petang yang hening sedang ibu melipat kain , ciah becok bercerita dan aku asyik menonton tv.

" kawan ciah tu bu, result dia dapat 3A je bapak dia bawak pergi Korea... yada yada yada .. "


ibu mendengar lantas menjawab.

" Ibu takde duit nak belikan awak hadiah.. result awak bagus pun.. ibu takde duit.. nak belikan bihah hadiah.. ibu tak cukup duit.. "


***********

IBU ! 

takpe.. takpayah.. bihah tak perlukan semua tu.. 

cukuplah hadiah ibu dah bawak bihah dalam rahim ibu 9 bulan 10 hari

cukuplah hadiah ibu yang susah payah lahirkan bihah..

cukuplah hadiah ibu jaga bihah dari kecik sampai besar ni..

cukuplah hadiah ibu didik bihah dengan baik..

cukuplah hadiah ibu penuhi keperluan bihah yang tak sudah-sudah..

cukuplah hadiah ibu bagi  yang tak tersebut, tak ter'list' dalam senarai bihah.

ibu dengan ayah tak perlu bagi apa-apa. cukup dengan iringan doa yang sentiasa dilemparkan buat anakmu ini kala dikau sujud pada Dia tika dinihari. 



Hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbanan, air mata serta titik peluh yang ibu dan ayah keluarkan semata-mata untuk membesarkan kami 8 beradik. 

" Ya Allah, Kau rahmatilah kedua ibu bapaku, sayangilah mereka, ampunilah dosa mereka, kuatkanlah diri mereka, sihatkanlah tubuh badan mereka. 

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan walau seurat rambut ibu bapaku sekalipun menyentuh api nerakamu Ya Allah, Ampunilah mereka. ampunilah mereka ampunilah mereka. 

Redhailah hidup mereka di atas muka bumi-Mu ini, terimalah segala amalan mereka, kabulkanlah segala doa yang mereka minta pada-Mu ya Allah...

Ya Rahman..

Ya Rahim.

Ya Ghaffar..

Ya Allah..


Allahumma aamiinnn. "

Thursday, November 22, 2012

cari orang tersembunyi.



cube cari aku. ngahaha. muka lawak giler. macam tak percaya.

ni waktu dulu. waktu form 1 SMK Seri Gombak. sumpah rindu time sekolah ni. hmmm


yang ni pulak latest aku jumpa dorang. rindunyaaaa.. ni pun tak semua. ade lagi kawan baik aku si diyana ngan thanaa' takde time ni. huhu

sumpah best sekolah kat situ. dulu aku beria giler taknak sekolah tu. nak sekolah gombak setia. taknak semerbak ni. tak suka. budak jahat konon.hmmm alik aku yang beria taknak pindah seremban sebab dah syok sekolah sini.

last jumpa ni pun time last year. dorang ajak buat reunion. kebetulan aku boleh keluar.dorang ajak g sunway pergi skate. jal;an..aku pun tak pernah skate. kena la try kan..

nilah rupenya bile nak skate uh..




aduuh.. memang best betul la. macam orang jakun pun ade jugak. hmm. nak jumpa dorang lagi,. lepas ni dah pindah memang susah lagi la kan nak jumpa. unless aku masuk UKM. senang la jugak nak reunion. hmmm. 


terima kasih ya Allah. pertemukan kami. semoga ukhwah yang terjalin ini demi redha-Mu.




Tuesday, November 6, 2012

EXAMS MODE *shuuuuuuutt*


tidur buku , makan buku, jalan buku . buku buku buku ! rasa macam nak pergi somewhere yang sunyi giler pastu nak jerit sekuat-kuat hati lepaskan apa yang ada kat dalam ni *tangan menumbuk dada*

SAKIT ! time nak dekat exam ni la segala benda terbentang . segala perkara terbongkar. Allah ...... Allah ........ Allah... Hasbunallah wane'mal wakeel.....

takpa , Nabihah , Fokus ! fokus ! fokus ! hwaiting ! : )
kalian , yang membaca ! *kalau ada yang baca* -.-

doakan saya / aku dapat jawab dengan baik , tenang , banyak ilham nak mengarang ! and get flying colours in my STPM ! Aamiinnn InsyaAllah. 

rabbi yassir walaa tu'assir ya kareem ....


Thursday, September 20, 2012

sabar aje

ibu selalu ajar aku jangan pernah mengungkit apa yang kita buat kat orang. biar macam mana sekalipun. jangan pernah berharap akan balasan atas setiap kebaikan yang kita lakukan.

tapi, aku masih belum berada pada maqam yang tinggi untuk semua tu. aku tak cukup baik. aku sedaya upaya nak capai pada tahap tu. aku cuba jadi insan terbaik. tapi tak boleh.

hari tu, aku tak berapa nak sihat. bangun pagi memang rasa macam knock-out.

aku kena kuatkan diri. aku kena pergi sekolah. hari ni ada exam. ujian lisan bahasa arab. kepala aku. sakit sangat-sangat. sakit yang teramat. aku tak tahu nak buat apa. kalau aku sakit, memang mood aku swing. memang tak betul. nak-nak lagi sakit kepala. 

muka masam je pagi tu. aku harap datang sekolah aku boleh mintak tolong kawan aku picitkan. dah terdesak sangat-sangat. lepas baca yassin dengan solat dhuha pagi tu, aku masuk kelas. agak lambat. tengah menahan sakit kepala.

aku cakap dekat kawan aku, yang aku nak tidur kejap. kepala sakit sangat. tak boleh nak bercakap dengan orang. rasa macam bull-dozer hempap kepala. Astaghfirullah...


tapi ada sorang makhluk Allah ni memang tak paham-paham. aku sakit kepala. sakit gila-gila ni. ade ke suruh aku story pasal cerita kau yang terindah semalam tu kat dia. sambil cucuk-cucuk bahu aku pakai jari dia suruh aku cerita. AKU DAH CAKAP AND AKU DAH EXPOSE YANG AKU BENCI ORANG CUCUK-CUCUK, TOLAK-TOLAK BADAN AKU GUNA JARI. SAKIT TAU TAKKKK??

aku memang tak suka ! aku mintak tolong budak tu pagi tu mintak tolong dia tolong picitkan kepala aku. aku rasa nak pitam. tapi dia diamkan aje. sebab normally kitorang memang macam tu. 

kalau dia pening kepala after study, datang duk sebelah aku mintak tolong picit. im on. tak kesah ajer. she comfortable with me. orang lain maybe tak layan dia.

boleh dia paksa-paksa aku suruh cerita. bengkeknyeeerr. aku tengah sakit kepala. am I in mood to having story-telling right now. I'm begging her to understand my situation and stop push me.

I stay alone at my place. aku nak tidur. budak memekak kat telinga aku. I moved and sit at the back of the class. aku relax. again, aku seorang yang ego eventhough sakit, aku taknak menyusahkan orang lain dengan kesakitan aku. aku taknak orang kata aku manja segala bagai, pening sikit minta picit kepala, sakit sikit merengek.and aku rendahkan ego sebab tak larat sangat, I asked budak tu mintak tolong picit kepala aku.  

kalau tidak memang aku takkan mintak tolong sebab aku taknak menyusahkan orang. tapi waktu tu mengenangkan aku exam tengah hari tu. aku kena diagnose apa yang examiner tanya aku nanti, aku nak jawab ape? it's not easy to find a word to communicate if language that we rarely used..

" weyh, tolong kejap ahh. tolong urut.. aku nak mati dah ni.." 

she mentioned name one of our friends in the class. she said budak tu pandai urut. memang la.. I know.. tapi aku nak dia. sebab dia selalu kacau aku. aku nak kacau dia pulak. that is the bad side of me.. *smirk*

and dia buat bodooooooooohh je study kat belakang tu and ignored me. and I was *speechless* . aku tengah sakit ni.. please laa..

aku lariiii. aku duk kat tempat kawan aku pulak. try nak tidur lagi.. sebab aku taknak kacau sesiapa dengan kesakitan aku ni. takpa. aku sorang. jangan nyusahkan orang lain. ibu selalu cakap macam tu.

tapi again kepala sakit gila nak mati ni. aku tak tahan. aku nangis tapi act macam aku tidur. takdelah sampai teresak-esak ke apa. sikit je. 


tapi kawan aku nampak. dia tanya sakit sangat ke kepala. dalam pada dia borak+study tu tangan dia jalan la urut kepala aku. masyaAllah.. terima kasih sahabat. *tears*

diorang heret aku suruh duduk kat belakang senang nak picit. boleh baring sikit. tudung tak betul rambut terkeluar ke boleh cover duduk kat belakang. takdalah budak lelaki nampak nanti. diorang tiga orang heret aku. picit aku gilir-gilir. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. terima kasih sahabat ! *tears*

aku tanya diorang agak-agak boleh tak aku nak skip exam hari ni. boleh tak anjakkan turn aku esok pagi ? mintak tolong diorang tanyakan dekat ustazah. tengok, susahkan diorang lagi. kesian diorang. sarah ajak pergi toilet sementara mira ngan bila pergi tanya ustazah. 

aku ada rasa nak muntah. tapi pergi toilet cuci muka betulkan tudung. dah tu diorang naik toilet kata ustazah nak jumpa aku. waktu turun tangga, i almost slipped at the stairs. Alhamdulillah tak jatuh. sikit lagi. dah la ade budak-budak kat situ. kalau tak sia-sia je sujud kat kaki budak tu. 

diorang herret aku masuk kelas ustazah cepat-cepat datang kat aku pegang, picit. Subhanallah. ustazah dah makan ke belum , nak makan ubat tak. ustazah suruh kawan aku amik minyak angin letak apa semua. masyAllah. susahkan ustazah je semua tu. *tears* 

aku cakap kat ustazah takpa. and ustazah kata tak boleh nak skip. aku kena kuat. tadi kawan aku paksa-paksa makan panadol. aku taknak. aku tak suka makan panadol. tapi bila ustazah datang tu ustazah paksa jugak aku makan panadol kalau nak terus survive untuk petang ni. 

nak taknak terpaksa jugak sebab kawan aku dah letak dah dadah tu kat tangan aku. aku tak suka. lama ustazah tunggu kat situ suruh aku makan jugak . hmmmmmm. aku terpaksa jugak telan.

kawan aku suruh tidur. and aku tidur sampai tak sedar apa-apa. aku rasa pasal ni mesti dah heboh dekat bilik guru sebab kawan aku ada cakap dekat GPK F6. hmm. heboh la tu kat bilik guru .

aku bangun waktu tu almost pukul 11. kawan aku sebab ingat aku kena kuarantin pukul 12. dia takut aku nak prepare apa-apa. sekali tcer lina ada kat depan aku. dia pun kata risau pasal aku tengok muka aku bengkak bangun tidur tu. *tears* thank you tcer :')

tcer bagi tart sebab aku kata aku belum makan bila dia tanya dah makan belum. share dengan member sebelah aku. diorang pun ada amik extra kuih kat dewan makan bagi aku makan . *tears*

lepas tu tidur lagi sebab cikgu kata aku g exam lepas zohor. time tu aku prepare sikit , study sikit. hmm. tunggu turn semua. Alhamdulillah. sihat bertenaga jumpa examiner. siap gelak-gelak semua. Alhamdulillah beliau kata aku ada lidah arab dan beliau doakan semoga aku berjaya dalam exam and semuanya.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat. even ada gagap. biasalah. bukan bahasa pertuturankan. 

Alhamdulillah hari ni aku nampak semuanya. siapa kawan siapa lawan. biarpun dia merasakan dia mengenali aku lebih dari orang lain, ternyata mereka lebih sejati. takpa. Allah Maha Mengetahui. ;')


p/s : terimakasih sahabat sarahamiranabila. terima kasih. ustazah-ustazah dan cikgu-cikgu yang lain serta kawan aku yang take care dan aje jugak yang tolong picit semua. terima kasih. ampun maaf sebab menyusahkan kalian dengan sikapku yang mengada sakit waktu exam. Dia Maha Mengetahui. Barakallahufikum . :') 

                                                                
                                                                                            

    sincerely, bhaz :D
                                                                                                                   

Thursday, September 13, 2012

Cinta High Class.

'Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.'

 (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

karya : Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi. Dapatkan di pasaran ! :)