Thursday, December 17, 2009

Alhamdulillah ~

Bismillahirahmanirrahim..

huh.. alhamdulillah. pagi ni ade rase keinsafan yang agak mendalam jugak la. heee ~
jap, semalam tak cerite lagi apa yang jadi . heh
so, baca kisah semalam dulu ~

semalam pepagi lagi ibu kejut bangun ( bangun pagi sembahyang subuh tayah cakap laaa ~ ) dalam kul 7 lebeh camtuh sebab kata nak pergi hospital.. semalam angah operation. lutut dia tu..
tataw laa ~ lepas tuh ana kate tak nak pergi.. mengantuk ~ heee.. :D so, ibu pun wat dunno laaa ~
my lil' sis ajak pergi times square.. malas jugak ah. duit taderr ~ ngeehehe. so, tdo ah.

setahu ana, abg man pun ikut lil sis. tapi ntah dia dari mana ( turun dari langit kot. heh ) kejut ana dalam keadaan menggelabah.. sape tak marah kejut orang tengah tidur kasar kasar. rase cam nak baling kasut pun ade jugak kat abang man semalam. heh. orang dah la tidur lambat malam tu. hehe. dia suruh pergi hospital. tak nak pergi laa ~ nak tido jer ~ heee ~ ( gila teruk punya adik. heh )

bangun dalam kul 9 kot. hehe :D kak su kejut. sebab dia call nak bagitahu pasal mesej yang ana bagi semalam. kantoi dengan dia baru bangun tido. hehe. tenkiu kak su sebab kejutkan. terus bangun lepas uh.. so, semalam tak pergi mana mana. duk umah jer laaa.. memang rase nyesal plak tak ikut. haha. sudah terantuk baru terngadah. heh. peribahasa kita hari ini yerr ~

semalam duduk rumah ngada laptop. after ngadap laptop pergi computer lak. nak surf net. ngehehe. sidai kain. tengok tv. ( apa semua yang tak bermanfaat nih? hailaaa ~ ) tak makan apa pun. just minum air and makan sikit laa.. ~ huhu. kek batik yang buat malam tadi sure dah keras. tengok dalam peti. dah terpotong. ade orang yang curi makan ah tuh. huhu. ingatkan nak buat dessert semalam. sekali orang taderr kat rumah daaa .. makan laa jugakk.. dengan coklat overboardnye. manis tahap tak hengat ! huahua. macam orang yang buatnye, chewaah ! ;P

waktu buat kek batik tu kan, coklat ( from milo and koko tuh ) macam ter-extra taw. biskut merry dah habis nih. ibu beli sikit sangat. ana dengan akak ana tambah biskut kering. huhu. resipi baru. bantai laa.. ~ sedap jugak. taderr orang tegur pun tak sedap. haha. anyone yang nak resipi boleh laa bagi email. teddy_talez93@yahoo.com . ngahaha. (promote nampak che' kiyah? )

petang tuh chik tanya nak makan apa? sebab ibu call tanya takkan tak makan kot. so, chik keluar laa pergi beli makanan. coz ana cakap tak kesah laa nak makan apaper.. balik tuh dia beli prosperity ~ *nyamnyam* huhu. hari tuh baru berangan nak keluar pergi library nanti nak makan prosperity. chik dah belanja hari ni. rezeki uh ! rase sekali cukup ah. haha. taderr laa sedap mana. alhamdulillah dapat makaan.. ngeee ~ ( jangan sampai kufur nikmat sudaah. alhamdulillah oke. hehe )

malam tu ibu balik dengan semua orang ( except abang man. tdo kat hospital. jaga angah ) ibu beli nasi lemak international ~ haha *nyamnyam* ayam dia besaw woa ~ hehe

enough cerita semlam. pagi ni punya kisah. sekarang jam menunjukkan 8.16 pagi. heh

dalam pukul 7 tadi bukak pc. sebab ingatkan nak cari isi karangan bahasa arab yang tajuk kemerdekaan tu. hari tuh dah jumpa. tapi tak sempat nak ambil banyak sebab kelam kabut ade hal kot waktu tu. nak pergi somewhere else kot. then, pagi ni bukak laa blog ustaz tuh. dye bagi macam macam. alhamdulillah dah dapat apa yang diinginkan + dapat ilmu yang lain lain.

nota nota yang ana perlukan semua ada dalam blog tu. sangat berguna ilmu yang dipaparkan. syukran jazilan ustaz. so, lepas ni nak print out laa sume nota nota yang dah di copy dan di edit dalam words tu. bukan itu yang nak distorykan sebenarnya.

dekat page ustaz tu ade beberapa orang follower yang setia. bukak la mereka punya blog. adakah semua orang yang belajar bahasa arab tinggi sangat baik, beragama, alim dan pandai ? woah ~ memang bermain dekat minda time tuh jugak laa bila bukak page sorang ukhti tu. memang sangat islamic. teringin jugak laa jadi macam dulu. kalau dulu tu, okey laa.. macam tak teruk sangat kot. sekarang pun tak teruk sebnarnya. tapi macam ada yang kurang laa.. ~

kalau buat blog nih bukan sekadar cerita kita kat orang eh? huhu. banyak sangat ilmu yang ukhti ukhti tu paparkan. belajar bahasa arab stail bahasa pasar yang biasa orang arab guna ade jugak. sangat menarik. ade laa jugak salin dalam buku yang tulis bahasa korea tu. ( asyik bahasa korea je yang lebih, bahasa arab laa pulakk. atleast i got something. heee ~ ) taper laa.. mix dulu. nanti asingkanlah..

dekat page ukhti uh lagi. macam ade something ( maybe just someone like me yang suka ) yang menarik my minat laa.. kata kata dia. sangat best. ape yang dia post tu semua ilmu. bukan omong kosong. heheh. pasal yang kita semua alami. rindu. huhu ( kembang lubang telinga. nak cakap maluu. tapi rase kat hati ) kan? betul tak?

yelahh, rindu tu tak salah apa. rindu kat mak ayah. kat cikgu. rindu kat kawan kawan. ( kawan uh banyak maksud woa ~ huhu ) dia cakap ape taw :

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan. Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati. Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.

Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu. Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis.” Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih.” - (Surah Yusuf, ayat 24)


Ikhlas kepada Allah. Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.


Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah. Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.


Mengurus mata dan pandangan. Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh. Ibnul Qayyim menyatakan: “Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik. Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.

i like kata kata ibnu Qayyim. after dis nak buat research pasal dialah. hehe. anyone nak pergi dekat ukhti tu punya page? nak share gak ilmu dengan korang. hehe

http://imaneiqyn.blogspot.com

ada macam macam kat sana. tapi khasnya untuk wanita laa.. like me. huhu

enough for now. karangan tak lengkap lagi. nak hantar hari ni jugak. ustazah, tunggu oke. saya buat pos laju pergi kat rumah ustazah. hehe


~ yang baik itu datangnya daripada Allah..

-end- 181209 :: 839 am

No comments: