Saturday, January 29, 2011

no title

hari berganti hari . waktu pantas berlalu seperti awan yang berarak yang tidak pernah berhenti .
Namun , tika ini , hatiku mendung sama seperti langit ketika ini yang hujan lebat tidak henti sejak pagi lagi . huh.. penat .. penat dengan semua yang berlaku .

penat dengan setiap situasi yang harus ditempuhi . penat dengan perkara yang telah lepas . penat dengan kenangan yang tak sepatutnye ingat , tapi teringat . penat dengan semuanya !! huhh..

inikah kehidupan yang sementara? yang sukar dicorakkan mengikut kehendak kita sendiri ? atau boleh dicorakkan mengikut seperti apa yang dibayangkan jika kita benar-benar inginkan ? tapi , kitakan hanya merancang , Allah yang menentukan segalanya .. hmm .

aku sedaya upaya sentiasa untuk menjadi hamba yang sentiasa bersyukur . bersyukurkah aku ? Allah yang mengukur segalanya .. Dia yang Maha Mengetahui .

ya Allah .. kenapa aku sangat lemah dalam menghadapi segale ujian yang Engkau berikan kepada ku ya Allah ? Kau berikanlah kepadaku kekuatan dari-Mu ya Allah..

huh .. segale yang terbuku di hati tidak dapat diluahkan dengan kata-kata kerana sudah terlalu lama tersimpan kejap didalam lubuk hati ini.

segale yang berlaku , segale yang berlalu aku hanya telan dan terima walaupun pahit . biarlah masa yang menentukan . kepercayaan sepenuhnya yang aku letakkan terhadap Allah SWT telah berjaya membawa aku sampai ke tahap ini . hanya menanti satu persatu hikmat yang tersembunyi di sebalik tiap sesuatu yang berlaku . aku pasrah . aku terima .

aku hanya hamba yang sentiasa melakukan kesalahan . wajarlah diriku dihukum oleh Tuhan Pencipta alam yang Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu . mungkin , apa yang telah aku terima merupakan sesuatu yang setimpal dengan apa yang aku lakukan sebelumnya .

No comments: