huh , beratnye nak lepas semue yang adeee. sakit . tak tau nak cakap. aku bukan jenis yang nak luah dekat org and i'll keep it until death. seriously . ==
SAYANG ? susah nak describe kan ? tp ade org yg salu memainkan perkataan tuh . bagi aku , perkataan tuh cukup bermakne.
aku tak pandai nak mengarang puisi untuk meluahkan ape yg aku rase . sebab aku tau aku tak pandai yang mengarang dengan berseni . hanya kalimat suci yang tersemat dihati yang memberitahu bahawa itu adalah yang sebenarnye.
SAYANG ? aku bukan jenis yang akan menampilkan atau menunjukkan kasih sayang aku kepada orang lain . yess . aku takk romantik . but who cares ? aku nak romantik dengan sape ? sungguh aku takk heran =='
SAYANG ? kekadang aku sayang kepada seseorang tu tp aku tu kate aku lebihkan yang lain . NAK LEBIHKAN APE ? aku tader ape ape yang nak bagi . mungkin perhatian yg diinginkan ? tapi tahukah dia bahawa aku hanya meluahkan dan melunaskan ape yang aku rase secara rahsia tanpa memberitahu sesiapa kerana takut akan diketahui oleh orang lain . sungguh . EGO yang aku peroleh dalam diri ini sangat tinggi setinggi langit .
sekiranya aku rapat dengan seseorang hanyalah kerana mungkin aku berase cukup selese dengannya . selesa untuk berbicara , selese untuk berbual , selese untuk berjenake . tp adakah itu sume bermkne bhwe beliau merupekan seseorang yg sangat istimewa dengannya ? TIDAKK !!! tidak sama sekali . malah ade yang lain yang lebih diberi perhatian secara diam . adakah dia sihat2 saja ? perlukah dia seseorg untuk berbual ? tetapi adakah dia tahu ?? MASYAALLAH... berat sangat nak cakap semua tuh .
yess , aku susah sgt nak tunjuk kasih syg kat org . sbb aku mewarisi sifat dan sikap drpd ayahku yang kurg menunjukkan kemesraan tetapi jauh di sudut hati ini ? siapa yang tahu ?? luka ditangan nampak darahnya , luka dihati siapa yang tahu ??! huhhhh.. letih . sebab semua hanya boleh diluahkan disini yang tiada ingin membaca.
duhai SAHABAT .. fahamilah jiwa ini sekiranya hati ini tidak bisa engkau dekati . BFFFFF , the word that I gave to my besties . some of them . not all of it . setiap tempat yg aku pergi musty ade yang aku boleh percaya walau bukan 100% . siapa yg percaya kawan 100% ? itu adalah hak masing masing . kalau teman , takde mknenyerrr .. esok esok teman pulok kne makan habis dengan dia sebab dia tau kite percaye kat dia 100% . hehe .
berbalik kepada apa yang ingin diperkatakan . kenapa aku senang sangat telefon dan takk kisah langsung bil telefon mak ayah aku ? sebab aku tau mak ayah aku takk gune sangat telefon kecuali utk urusan penting and family . dan aku sebagai anak hanya tinggal dirumah hanya wujud komputer dan tv yang tiada channel selain tv1 dan tv2 , aku telefon kawan utk bertnya khabar selain melepaskan rindu . tau takk kawan kawan aku kalau aku telefon mereka bermakne aku rindu dengan mereka ? haish .
tengok . susah nak faham kan ? tapi itulah cara aku untuk menunjukkan kasih sayang aku dengan sentiasa mengingati mereka dengan menelefon bertnye khbar . tapi sekiranya aku tidak telefon bukan bermkne aku sudah melupakan mereka tetapi barangkali aku mempunyai banyak tugasan atau komitymen lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
aku percaya ada diantara kawan kawan aku yang apabila aku menelefon mereka aku tidak banyak bercakap sedangkan aku menelfon mereka ? hmm , sebenarnya aku sekadar ingin melepaskan rindu dengan hnya berbual sebentar bersama mereka . cukuplah. bukan aku takk mesej korang means aku lupekan korang .
Alhamdulillah setakat ni kawan kawan yang aku rapat masih ada sekiranya mereka tidak menukar nombor telefon atau menukarnya tanpa memberitahu aku . akan tiba suatu hari untuk menelefon mereka dan bertanya khabar bertukar cerita tnpa mereka sedari . subhanAllah . aku menguji aku dengan kasih sayang yang banyak dan melimpah ruah terhadap sahabat sahabatku walaupun aku harapkan kasih sayang yg diberikan ini lebih kepada adik beradik sendiri yang jarang aku telefon dan mesej untuk bertanya khabar .
kerana bagiku yang lebih banyak mengetahui tentang diriku bukanlah sepenuhnya adik beradikku . tetapi kawanku . kerana kita berada seseorang yang berbeze apabila kita berdepan dengan sesuatu komuniti yang berbeze . sama seperti aku yang berubah 360 degrees apabila bersma rakan rakanku .
MasyaAllah , mengapa aku melebihkan teman daripada keluarga ? ya Allah !! bantulah aku ini . Kau kurangkanlah kasih sayang yang tersedia ada yang Engkau sediakan untuk mereka . aku tidak ingin menanggung kesakitan sekiranya mereka melupakan atau tidak lagi mengambil peduli tentang diriku. ya Rahman , Kau Maha Penyayang . yang memberi segala kasih sayang yang wujud didalam dunia ini . sedangkan aku masih boleh bernafas sekiranya mereka tiada disisiku . walaupun hari hari yang dilalui sebelum ini diceriakan dan diwarnakan dengan gelak tawa dan lawak jenaka yang mereka sajikan dan akhirnya kami semua berjaya dalam bidang kami masing masing dengan ape yang kami inginkan . Alhamdulillah.
SAHABAT !! tahukah kau hati ini ??
-end-
2351 pm :: 180411
No comments:
Post a Comment