Thursday, January 5, 2012

tak tahu nak cakap


benda ni complicated sangat . rasa macam susah sangat nak lepas .. sebelum ni kalau oang kate ape pun , i dont mind , i dont care . kalau kisah or peduli pun benda tu lame-lame rasa macam dah lupa dah . dah tak heran sangat dah . tapi yang baru-baru ni ( tak baru jugak la ) rasa macam bagi kesan sangat kat hati ini . bukan hati ni je , hati orang lain yang mendengar kata-kata dari mreka . rasa macam sesuatu yang tak boleh dimaafkan . sesuatu yang menyakitkan . sangat sakit . sampai bernanah . tak boleh nak baik . kenapa susaaah sangat nak terima apa yang mereka lakukan ? susaaaaahhhh sangat sangat .

fine , marah kat aku . marah aku sorang jelah . tak payah nak involve orang lain . meh dapat face to face kalau tak puas hati . cakap je . susah ke ?
ko nak marah sebab aku *********** ? astaghfirullah . cakap *****? dengan kau ? memang tak la weyh . kau bukan ayah aku . kau bukan suami aku . kau bukan abang aku ? oh please la faham .

kita berada di mana sekarang inche O ? sekolah . oke . SEKOLAH . plus , aku beritahu tu depan senior kot . kang aku pulak kene cop menggedik dengan kau . boleh tak kau faham benda tu ? boleh tak ? kalau nak serang aku jangan guna serangan yang haluuuus sangat ? kalau nak cakap , cakap ahh direct . perlu ke nak perli-perli depan cikgu ? perlu ke ? kau sendiri yang cakap , jaga ikhtilat , muamalah bagai . eh hello ? sekarang siapa yang minta ape ?

inche Y pulak , tolong aaaa . perlu ke cakap macam tu dekat kawan aku ? perlu ke kau mention nama dia bila fasilitator suruh kau cakap kat depan ape yang nak ditegur muslimat ni ? perlu ke bagitahu nama kat semua orang yang dia buat bende alah tu depan orang ramai ? plus , kau fitnah dia ! bila kau sebut nama dia , kau cakap macam tu , semua orang pandang lain kat dia . tau tak ? kau tau tak ?! kau tau tak dia menangis-nangis bila lepas kau buat macam tu dekat situ jugak ? waktu semua orang tengah dengar ape yang kau nak kutuk kitorang lagi . kau tau tak ?! kau tau tak benda tu bagi beban pada dia , bagi malu yang sampai menjatuhkan maruah dia sebagai seorang muslimah di mata seorang muslimin . kau tau tak ?!

susaah nak terima tuh inche Y . kau ingat senang ke ?

inche X , kitorang , muslimah Islah . absolutely hormat sangat kau from the first day we came to the school . kitorang salute kau . we thought u're the best among the others . and this is what we got ? is that the correct way to tell us about the thing that play in your mind ? no , is that the RIGHT WAY untuk MENEGUR seorang MUSLIMAH dengan cara yang berhemah ? itu ke caranya ? dengan memalukan kami didepan semua pelajar ? ini ke cara nye ? astaghfirullah . susah kami nak terima tau tak ? AKU TERKEJUT . SANGAT TRKEJUT . ITU YANG KAU CAKAP KAT KITORANG DENGAN SEMUA ORANG ? ITU INCHE X??

kau tau tak kami semua terkejut ka cakap macam tu inche X ? kau tau tak ? kami tak sangka kau aniaya kami semua macam ni . hina sangat ke ? ingat yang lain tu semua malaikat laaa ?

aku sabar . aku boleh tahan lagi . aku nak defend balik apa yang korang cakap kat kitorang . aku nak defend kawan-kawan aku . tapi aku tak kuat waktu tu . aku tak mampu . sebab rasa sedih lebih menguasai diri . aku rasa aku kerdil kat situ . dan aku harap aku boleh halimunan waktu tuuu jugak . aku harap sangat . hanya rakan disebelah mampu mungucap

" sabar bihah , sabar . kita dengar je apa yang diorang nak cakap . kita terima je dulu . sabar bihah . marah tak bawak ke mana . diorang tak faham semua tu "

oky . frankly speaking , sungguh aku tak kesah kalau korang nak cakap ape pun ! sungguh ! cakap laaa ! mai laaa kitorang ! cakap laa ape yang korang tak suka sangat ? apa yang korang nak tegur sangat muslimah-musimah yang ada kat kelas tu. tapi boleh tak ianya menjadi perbualan hanya pelajar kelas ? hanya berada di mulut students yang ade 19 tu je ? boleh tak ?

kenapa mesti bila ade 70 orang kat situ korang nak cakap semua ? nak keluar yang buruk semua ? buruk sangat ke ? kalau ye buruk sangat pun jangan cakap kat ssitu . cakap kat kitorang !

malam before last day sekolah , korang timbulkan balik . konon nak baiki semua yang salah , semua yang betul . aku pun dah oke . dah reda . aku hampir nak lupa dah waktu tu . tapi kenapa korang timbul balik ? kenapa nak bukak balik cerita pahit yang memang semua orang tak suka . yang ade 14 tu semua tak suka . tau tak ? tau tak ??!

" oke , yang pasal hari tu , kitorang nak cakap . kalau ade yang tak puas hati boleh cakap sekarang . boleh bagitahu sekarang kita tak payah diskus belakang ."

hello inche ! siapa yang mulakan dulu ? boleh tak kalau intro awak tu ade word sorry ? boleh tak bagi yang 14 orang tu rasa di terima semula ? boleh tak ? kenapa mesti bukak tu terus ? dan kenapa takde orang yang bangun cakap ape yang tak puas hati ? kenapa ?

" ok.. first of all . aku mintak maaf . aku tau sebenarnya berpunca daripada ****** yang membuatkan korang nak cakap benda tu . aku mintak maaaaaaaffff sangat-sangat. thats not my way yang boleh berlembut macam orang lain towards a guy . its not really me . im sorry. but tak boleh ke korang bagitahu kitorang je ? perlu ke nak mention semuaaa u time tu jugak ? perlu ke ? kenapa tak bagitahu kat kelas ? one more , pasal ****** itu bukan kitorang la . bukan kitorang oke , budak kelas lain . kenapa mesti cakap waktu tu dan perkara yang kitorang tak buat pun ? aku tak paham . yang lain pun tak paham .whatever it is . im sorry and im off"

sorang bangun cakap . yang lain ade sampuk-sampuk.

" oke , kitorang tahu . bukan semua yang kitorang cakap tu kitorang nak tuju kat korang , tapi korang bukan ke boleh bagi tahu diorang pasal tu ? korang la jadi tukang sampainye . faham tak ? "

oke . yang tu aku terima . aku terima bile korang cakap macam tu . tapi aku tak boleh terima sebab korang tak jelaskan pun kenapa korang mention kitorang ! kenape ? asal ko tak cakap " oke , ni bukan diorang jela , semua muslimat jugak " kenapa ko tak cakap macam tu ? tapi korang bagi warning kat kitorang .WARNING oke . Allahh . Allah je yang tahu rasa hati time tu .

aku tak faham . sungguh aku tak faham . sungguh .


malam tu dah laaa banyak sangat dugaan aku . dengan accident lagi , dengan tak boleh masuk rumah sebab kunci takde lagi . dan korang bawak cerita dan berita macam tu ? come on ! manusia jenis ape yang patut aku describe korang nih .

sungguh HILANG RASA MENGANGGAP KALIAN SEBAGAI KHALIFAH . SEBAGAI IMAM . LANGSUNG ! HILANG ! maaf .

sesungguhnya seorang khalifah , seorang muslimin yang dicipta untuk melindung dan bukan menyakiti telah hilang di situ . sungguh . tiada.


maaf sekiranya selepas ini kami tidak memperdulikan anda , kami tidak heran siapa antum . sebab kami cuma mampu membela nasib diri kami sendiri sebagai seorang muslimah kerana antum bukanlah KHALIFAH !

sorang wanita hatinya sangat rapuh . ibarat kaca yang jatuh berderai .

seorang wanita yang dicipta daripada rusuk seorang lelaki mengharapkan perlindungan daripada mereka dan bukannya penghinaan .

seorang wanita yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar perlulah dilakukan dengan penuh hemah . dengan penuh rasa tanggungjawab dan dengan penuh bijaksana .

jika tulang itu dilentur dengan kasar maka habislah . rosaklah . patahlah tulang rusuk itu wahai kaum adam sekalian . beringatlah . bukan hanya kalian yang berkuasa di atas muka bumi ini .

sesungguhnya , Allah menciptakan setiap makhluknya dengan adil . dengan penuh saksama tanpa rasa pilih kasih seperti kalian yang hanya memandang rupa !

Allah sungguh adil dalam memberikan tugas bagi setiap inci makhluk yang diciptakan-Nya .

Ingatlah ! sesorang lelaki belum tentu mampu bertahan tanpa seorang wanita berada disisinya .
seorang lelaki yang berjaya sesungguhnya dibelakangnya terdapat seorang wanita yang menjadi tunggak kepada kejayaan yang dimilikinya .

Ingatlah wahai kaum Adam sekalian ! jangan sampai hormat yang masih ada ini terhadap diri kalian terus hilang dan lenyap selama-lamanya .

No comments: