Tuesday, August 14, 2012

sahabat

kawan aku pernah tanya " kenapa aku takda pakwe ?"

istilah orang sekarang, couple. 

hmmm. jawapan aku. " kenapa mesti aku kena ada pakwe? dan kenapa kau ada pakwe? best ke couple ni? "

ouh yeah. direct 3 soalan aku tanya. hah. kawan aku pun terdiam.

sebenarnya, jawapan soalan tu semua takda dalam skema pun. sebab memang tak perlu ada. tak payah ada la senang cerita kan. jawapan yang perlu ada dalam skema semua dah cukup. tak perlu ditambah di ubah.

Alhamdulillah. aku ada famili. Alhamdulillah, aku ada ibu. Alhamdulillah ada ayah. Alhamdulillah ada 5 abang yang protective. Alhamdulillah ada kakak yang pandai masak. Alhamdulillah ada adik perempuan dan Alhamdulillah aku ada adik lelaki.

Alhamdulillah aku ada cikgu-cikgu yang baik, cikgu yang penyayang. cikgu-cikgu yang mengambil berat dan cikgu-cikgu yang tak pernah jemu untuk memberi nasihat.

Alhamdulillah aku ada kawan-kawan. Alhamdulillah aku ada sahabat yang baik. Alhamdulillah sahabat yang memahami. Alhamdulillah sahabat yang sentiasa ada di sisi.

dan yang paling penting sekali, aku tak pernah sunyi. sebab Dia. Dia sentiasa disisi. Alhamdulillah.


cukup. bagi aku itu sudah terlebih cukup. Alhamdulillah sangat-sangat. nikmat yang Dia beri tak pernah putus. sentiasa ada. Dia sentiasa sayang. sentiasa menguji hati ini. 

aku bersyukur sangat sangat sebab Dia kurniakan aku sahabat-sahabat yang masyaAllah *speechless* aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana.
sahabat yang sentiasa ingat-mengingati , sahabat yang sentiasa setia mendengar luahan rasa, hati dan jiwa, sahabat yang sentiasa memberi pertolongan dan sahabat yang ,, tak tahu nak cakap macam mana. 

ibu selalu pesan, biar apa pun, kita jangan ingat sekelumit pun kebaikan kita pada orang. jangan ingat langsung. tetapi ingatlah kebaikan yang mereka lakukan terhadap kita walau sekecil zarah.

apa jua kesukaran yang kita alami, ingatlah. Allah kan ada. Dia tidak pernah lupa pada hambanya yang sentiasa mencari redha-Nya.

Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, Maha Penyayang, Maha Pengampuan, Maha Agung. Semuanya ! Semuanya Dia ada. jangan kita risau akan sesuatu kerana terdapat kesempurnaan pada-Nya yang tidak akan ada pada sesiapa. 

Pulanglah kepada-Nya, carilah Dia dalam apa jua keadaan sekalipun. sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya.

Berfikir pada nikmat Allah SWT merupakan sebesar-besar ibadah, sekiranya manusia berfikir pada keagungan Allah SWT nescaya ia tidak akan melakukan maksiat.- Khalifah Umar Abdul Aziz

No comments: