Friday, August 10, 2012

something to share with you guys out there..

Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.










bhaz berbicara : actually pada hakikatnya aku percaya semua ni. perkahwinan tu bukan satu perkara yang mudah. kebanyakannya remaja hari ini terutama perempuan terpedaya dengan cerita-cerita di tv atau terpengaruh dengan lambakan novel cinta yang terdapat di pasaran mengenai perkahwinan dan jalan cerita yang cliche. i know menulis bukanlah mudah buat seorang penulis. jalan ceita sama cuma cara and mengolahkannya sahaja yang berbeza.



macam aku. nak tulis novel. cerita ada. tapi yeah. benda tu ada dalam kepala je. once nak taip cerita tu, hilang. hilang bukan apa, tak tau nak tulis macam mana. kalau nak tulis bahasa kita sepenuhnya kang jadi lain pulak. yeah. it's not easy bro.




well, sambung cerita tadi. bukan senang weh nak kahwin ni. i repeat , BUKAN SENANG. dengan mentality orang lelaki zaman sekarang ni yang memang tak sama macam zaman Rasulullah dulu. memang la tak sama kan. macam mana nak cakap ek ? (kang kalau aku salah cakap kang orang gam aku pulak)

ok. mentality orang lelaki kan zaman sekarang ni, bila time bujang dia dah buat semua benda . basuh baju sendiri, gosok baju, makan luar byk ( yang rajin masak tu lain la pulak ceritanya kan) pendek kata semuanya dah buat sendiri dulu and maybee dengan bantuan housemate? heh. so, bagi mereka bila dah ada isteri, isteri yang kena buat semua tu, isteri yang kena uruskan semuanya.



BUT ! bukankah  perempuan tu pun melalui benda yang sama sebelum berkahwin? YES , kerja-kerja tu semua NORMALLY memang perempuan yang buat. orang kate , " itu kan kerja perempuan " so, automatik bila dah kahwin kena buat semua tu pun malah dua kali ganda kerjanya dan tambah juga kerja yang 'wajib' dilakukan oleh seorang isteri. kan?



jadi, bukankah tidak salah sekirannya si suami membantu buat kerja-kerja tu semua. si isteri ni pun kerja jugak. ( for those yang bekerja la ). penat sama je. mungkin lagi teruk. balik rumah wajib masak (sebab suami tak suka makan luar ), kena kemas rumah, lipat kain , sidai kain, basuh kain, kemas bilik. kalau yang ada anak lagi teruk. i mean lagi penat la.



apa yang aku nak cakap sebenarnya? 

apa yang aku nak cakap kat sini, zaman sekarang dah berbeza dengan zaman dahulu. bila kita nak buat sesuatu keputusan memang kena fikir buruk baik masa akan datang. perkahwinan merupakan satu perkara yang indah serta diredhai oleh Allah. tapi kita jangan membuat perkara itu menurut kepada hawa nafsu semata-mata. 

sesungguhnya rasa cinta kepada manusia itu sememang fitrah semulajadi Allah ciptakan buat manusia yang diciptakan berpasang-pasangan. tetapi janganlah rasa cinta kepada jantina yang berlawanan itu diletakkan lebih tinggi darjatnya atau lebih utama berbanding dengan perkara yang lain. sesungguhnya cinta terhadap 'dia' lebih manis apabila memohon redha dari Dia.

aku nak share doa dengan korang. doa ni ustaz aku kata untuk dapat pasangan yang baik. InsyaAllah. yang masih bersekolah tu, ini bukan masa dan sekolah bukan medan untuk anda bercinta. maka hargailah setiap masa remaja anda dengan menghargai persahabatan serta ukhuwah kalian dengan sahabat sejantina berbanding menumpukan perhatian terhadap spesis yang berlainan jantina dengan anda. 

Amalkan doa ini, insyaAllah. dengan penuh pengharapan, insyaAllah. 


                    
"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama."
"Our Lord! grant us in our mates and offspring the joy of our eyes and make us patterns for those who guard against evil." (25:74)





CARILAH CINTA ALLAH YANG HAKIKI TERLEBIH DAHULU BARULAH MENCARI CINTA MANUSIA YANG HANYA SEKEJAP CUMA.



bersama kita berusaha mencari redha Allah yang barangkali kita terlupa akan Dia pada sesaat cuma. yang baik tu datangnya daripada Allah, yang buruk tu datangnya dari diri aku sendiri. peace !
Assalamualaikum !




                                            
                                                                                                                          sincerely, 
                                                                                                                         bhaz :D

No comments: